Memaparkan catatan dengan label Realiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Realiti. Papar semua catatan

Julai 19, 2016

KEMENANGAN SULUNG JOIN GIVEAWAY OLEH BLOGGER

Assalamualaikum and hello semua :)

Yeah seperti tajuk di atas entry ini ditulis untuk berkongsi bersama anda kemenangan sulung aku dalam join giveaway anjuran blogger yang baik hati bersedekah dan kasi hadiah. Hehe. Tak kesah lah nilai hadiah yang diberi tu besaq atau kecik tapi  yang penting niat dan kesungguhan hati orang yang memberi tu. Hehe. Btw aku syok lebih sebab nie kemenangan pertama aku.  Kihkih. Tak kesah lah kalau ada orang nak kata aku pulun ka apa tapi yang penting ni one of my way to show rasa syukur dan terima kasih pada yang sudi memberi. Rasa terima kasih kita terhadap manusia lain membuktikan rasa syukur kita kepada Allah Yang Maha Kaya. 


Mei 30, 2016

BILA SIMPATI DAN KASIH SAYANG SEORANG MANUSIA HILANG

Assalamualaikum and hello semua :)

Sekarang banyak kes pasal binatang mati kena bunuh, kena seksa dan kena tembak semua disebabkan sikap simpati dan kemanusiaan seorang manusia dah hilang. Sakit hati baca and kalau lah aku ada power I will make sure to shoot all the bad people. Huh benci baca sampai kadang aku langsung takmo baca berita atau artikel pasal kes-kes macam tu. 

The latest one pasal 'Harambe' kena tembak mati disebabkan kecuaian seorang mak yang tak reti nak jaga anak dia masa dekat zoo sampai anak tu terjatuh dalam kandang gorilla. Aku tak paham bila dia kata terjatuh, awat hang tak boleh pegang elok-elok ka ?  Fine orang kata benda dah jadi bukan depa nak anak depa jatuh pe semua, dahtu hang bawa anak hang kuaq jalan-jalan ka apa kena lah peka dengan keadaan sekeliling. Dahtu nak salahkan gorilla tu ka ? Bukannya binatang tu yang tarik anak hang bagi jatuh ! 

Sumber : The Vocket 
Sumber : The Vocket


Mei 19, 2016

CONFESSION : ANAK TERLUKA

Assalamualaikum dan hello readers. 

Aku ada follow satu Page di Facebook : IIUM Confessions-BM. Secara personal aku rasa ni antara page confessions yang bagus dari sesetengah yang dah macam tak dak hala tuju contohnya confess kenan dekat senior tu junior ni. Tapi yang page ni banyak yang confess soal realiti yang terjadi terhadap diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling sebab bukan budak UIA je yang boleh confess tapi sesiapa pun boleh je nak confess or nak share story dekat situ. So bila aku baca rasa macam eh betol ka student ni kena macam ni macam tu. Itulah orang kata banyak membaca menambah pengetahuan. Sama ada cerita yang di confess tu betul ka tipu ka letak belakang yang penting sekali apa iktibar dan pengajaran yang kita dapat dari kisah tu.
 
So apa yang aku nak share hari ni satu confession yang sangat menyentuh hati aku sebagai manusia dan sebagai anak perempuan. Sila baca dibawah confession  saudari yang menggunakan nama TM ni. 

FOOD DELIVERY #SAPOTLOKAL

Assalamualaikum and hello readers. 

Sekarang ni zaman online, semua benda pun online. Nak beli baju online, nak beli barang make up online, even nak order makanan pun boleh online dah. Pantas dan sangat mudah. Dan jugak sekarang trend food delivery. Zaman dulu-dulu pun ada cuma tak meluas macam sekarang. Sekarang kalau skroll facebook nampak macam-macam iklan makanan di jual secara delivery dan C.O.D. 

Aku rasa untuk food delivery dekat tempat aku ni Sungai Petani Kedah dah memang macam cendawan tumbuh lepas hujan. Serius ramai yang ambik order dan buat food delivery dari nasi campur, nasi berlauk, western, segala jenis kek, kuih muih dan macam-macam lagi lah. Aku antara penyokong tegar food delivery sebab serius aku bangga dengan idea dan kreatifnya orang-orang kita berfikir dalam nak mencari duit lebih. 

April 04, 2016

NIKMAT ALLAH YANG MANA LAGI NAK DI DUSTAKAN ?

Assalamualaikum.

Semalam aku tetiba rasa nak membandingkan diri sendiri dengan mereka yang macam ada "segalanya". Maksudnya mereka yang berduit, yang kaya, yang mampu beli apa je. Dan bila aku bandingkan semua jelas sangat aku rasa banyak yang kurang aku ni. Tak kaya, tak mampu nak beli semua benda sebab kena ingat nak bayaq bill lah apa lah. Aku pujuk diri aku sendiri supaya bersyukur dengan apa yang aku ada sebab tu rezeki dan nikmat dari Allah setelah aku bersusah payah cari sendiri. 

Saat aku mula menghitung apa sangat yang aku ada dalam hidup ni ditambah dengan jolokan jarum jarum halus dari si makhluk yang bernama syaitan aku terjumpa gambaq ni. Mungkin ni macam nak kasi aku sedaq lah dari lamunan aku hat berupa nafsu yang tak puas dan bersyukur ni. Haihh. Alhamdulillah aku terjumpa gambaq-gambaq ni. 

April 03, 2016

HALAL DAN BERSIH

Assalamualaikum. 

Aku baru lepas dok scroll timeline fb and terjumpa gambaq bawah ni. Rasanya cerita bukan cerita lama sebab Pages tu baru je post dalam 3 jam yang lepas. Tapi kalau cerita dah lama aku mohon maaf sebab baru sekarang nak post. Aku rasa mesti ada certain yang tahu jenama sos yang ditunjukkan kat dalam gambaq bawah ni.