Jun 19, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum and hai semua.

Masha Allah rindunya nak menulis dan share story dekat blog ni. Last update Ogos tahun lepas. Rupanya betul lah masa sekarang ni bukan takat berjalan pantas tapi dah masuk tahap berlari sampai tak tunggu dah. Siapa lambat memang kena tinggal.

Apa khabar semua ? Sihat ka ? Alhamdulillah saya sihat cuma kekangan masa membantutkan usaha saya nak menulis dan share dengan rakan-rakan yang sudi baca post-post saya di blog picisan saya ni.

Hari ni dah 26 Ramadhan. Tinggal lagi empat hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dan in shaa Allah ini akan saya jadikan permulaan untuk kembali menulis dan berkongsi cerita-cerita saya walaupun tak best mana. Berkongsi tips dan review. Banyak sebenarnya benda yang nak saya kongsikan yang nak saya tulis supaya sedikit sebanyak bermanfaat untuk yang membacanya.

Tahun ni in shaa Allah saya akan pulang beraya di kampung saya di Felda Kampung New Zealand Maran Pahang. Untuk pertama kalinya saya akan sambut Hari Raya Puasa di Pahang setelah berpindah dan stay dekat Kedah hampir 15 tahun. Selalunya balik bercuti masa raya korban saja. Nanti saya akan update meriah ka tak sambutan raya dia Felda New Zealand. Haha.

Maka di kesempatan ini juga saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang membaca dan yang follow blog saya ni.

Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan