Julai 23, 2016

REVIEW : KABALI (TAMIL MOVIE)

Assalamualaikum. 

So semalam aku dah pergi tengok movie Kabali dekat MBO Central Square. Punyalah awai aku dengan member aku pegi sebab takut tiket habis Tapi kami dapat show awal pagi pukul 11 siap seat couple lagi. Kihkih tak sia-sia pergi awai. Btw like my previous entry pasal review movie Tamil aku ni memang kaki Tamil dan Hindustan. Aku suka sungguh cerita-cerita depa. 


Rasanya ramai je kan yang dah tau movie Kabali ni penggambarannya dijalankan di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur sedikit di India, Thailand dan Hong Kong. Movie ni pasai gangster drama. Watak utama mestila super star India Rajinikanth. Di bantu oleh seorang pelakon Taiwan Winston Chao sebagai Tony Lee. Aku bangga lah sebab ada jugak bahasa melayu digunakan walaupun tak banyak. Pelakon Malaysia pulak dibarisi oleh Rosyam Nor, Norman Hakim dan ada 2-3 orang lagi pelakon Malaysia yang aku tak tau nama tapi muka depa familiar lah sebab selalu berlakon gangster jugak dalam movie KL gangster.

Julai 19, 2016

KEMENANGAN SULUNG JOIN GIVEAWAY OLEH BLOGGER

Assalamualaikum and hello semua :)

Yeah seperti tajuk di atas entry ini ditulis untuk berkongsi bersama anda kemenangan sulung aku dalam join giveaway anjuran blogger yang baik hati bersedekah dan kasi hadiah. Hehe. Tak kesah lah nilai hadiah yang diberi tu besaq atau kecik tapi  yang penting niat dan kesungguhan hati orang yang memberi tu. Hehe. Btw aku syok lebih sebab nie kemenangan pertama aku.  Kihkih. Tak kesah lah kalau ada orang nak kata aku pulun ka apa tapi yang penting ni one of my way to show rasa syukur dan terima kasih pada yang sudi memberi. Rasa terima kasih kita terhadap manusia lain membuktikan rasa syukur kita kepada Allah Yang Maha Kaya. 


Julai 16, 2016

REVIEW : DHILLUKU DHUDDHU (TAMIL MOVIE)

Assalamualaikum and hello readers :) 

Semalam Sabtu 16/07/2016 aku dengan member baik aku decide nak keluaq tengok movie The Purge : Election Year tapi lepas baca bad review sebab dekat Malaysia hampir 1/3 scene kena potong lepastu banyak mute dialog especially part swearing semua tu terus rasa down tak nak tengok. Memang aku tak nak tengok ! Takpe aku tunggu member aku download nanti jelah. So last minute plan tukaq nak tengok Ghostbusters tapi tak jadi sebab entah tak dak nafsu nak tengok hat tu. Last kami tengok Tamil movie Dhillku Dhuddu. Kalau ikut minggu lepas nak tengok dah tapi tinggal seat depan je so tak mau lah maka minggu ni kami pilih untuk layan cerita tu. 

Btw maybe ada yang macam terkejot sebab aku review Tamil movie tapi aku nak habaq lah kat hgpa semua yang aku sebenaqnya mmg peminat besaq cerita Tamil terutama kalau cerita tu pasai kehidupan kampung depa. Hero depa berlawan pakai dhoti pegang parang mengamuk ok nampak perghh gila wei ! Haha. Lagipun cerita Tamil dia macam jujur tau dak pasai cinta, pasai rasuah dalam kalangan orang atas macam polis, menteri apa semua. Depa tak cover tau depa jujur dalm berkarya. Aku minat banyak pelakon Tamil.Tapi empat depa ni Rajinikanth, Vijay, Surya Sivakumar dengan Ajith Kumar ni the most Tamil actor yang aku suka ! Kalau nak try layan tamil movie layan cerita hat depa ni berlakon. 

Ok dah dah jom review Dhillku Dhuddhu okay. Cerita pasal movie and hero Tamil tak habis satgi aku taip. Btw maksud Dhillku Dhuddu ni in english is Money for Guts.