Mei 10, 2016

MASCARA HAT MELETOP !

Assalamualaikum. 

Setelah sekian lama I busy mengatur hidup. Hari ni I nak cerita tentang one of my favourite mascara. Dulu masa zaman kolej I jenis suka pakai eyeliner sebab nak kasi mata tak nampak kuyu dan layu. Lepas tu I terkejut masa tengok one of my friend punya mata bila sehari dia tak pakai eyeliner, nampak macam bengkak lepastu langsung tak ada seri so I start tak mau pakai eyeliner dah sebab takutlah kalau dok ajaq muka pakai tu je hari-hari originaliti muka I yang dah memang tak cun ni bertambah-tambah tak cun. 

So nak tau tak mascara mana hat meletop pap pap tu ! Hoho.


Bila I dah tak pakai eyeliner I start gunakan pengepit bulu mata kasi bulu mata nampak lentik. Tak nafikan bulu mata I memang jenis dah panjang dan lebat cuma tak cukup lentik dia. Bila guna pengepit bulu mata secara auto mata I nampak lebih besaq dan fresh. Lepas ada sekali tu I terkepit kulit mata terus rasa macam takut nak guna so I cari lah mascara sebab member I cakap kalau tak pakai eyeliner, eyeshadow tapi bulu mata nampak lawa confirm nampak fresh jugak. 

Setelah banyak jenis maskara I cuba. Memang ada yang ok contohnya Maskara D'Herbs. Serius terlajak cantik, berus dia kemas dan sangat-sangat mudah nak apply lepastu susah nak jumpa dekat area kedai rumah I ni so I cuba Relian Mascara ok not bad cumanya dia punya yang fiber tu bila sapu ok tapi berhabuk, bukan habuk dia punya fiber tu habis jatuh kena baju kena muka. Satu kerja pulak nak buang fiber hat terlekat kat muka. 

Maskara D'Herbs

Relian Mascara


Lepastu kawan I suruh cuba Silky Girl Eye Opener. Jujurnya memang ok memang lentik tapi lambat kering. Bila I first sapu tu around 3 minit kalau I tertutup mata bersedialah bawah mata I penuh kesan hitam tu. Tapi harga murah tau. 

Silky Girl Eye Opener
Akhirnya I jumpa pun one of the best macara ever. Hoho. Mixiu Mascara original from Korea. Mascara ni super duper best. 

- Memanjang bulu mata 
- Melentikkan bulu mata (tak payah guna pengepit pun dah okay dah)
- Sangat mudah dicuci (memang mesra solat) guna aiq tenyeh sikit2 dah hilang tapi tetap waterproof
- Didatangkan dengan 2 berus untuk bulu mata bahagian atas dan bulu mata bahagian bawah. 
- Mascara ni tak akan buat mata hgpa semua jadi macam mata panda. 

miXiu mascara !!!
Ok so I akan share dengan uolss semua testimoni I pakai. Boleh perati sendiri macam mana nampak lentik dan lebatnya bulu mata I dalam gambar dibawah. Kalau uolls nak beli boleh tengok dekat Instagram kedaidora Harga pun cuma RM40 sekali pos tapi memang jimat sebab sangat tahan. Dalam gambar yang I share dengan uolss dekat bawah ni adalah gambaq I sendiri pakai dan cuma sekali sapuan sahaja. 


Tu dia I boh gambaq besaq so hangpa semua boleh perati boleh tengok boleh usha elok-elok naa. Hoho

Ok bai. Terima Kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan