April 28, 2016

TIPS MENGELAKKAN KAWAN YANG ANNOYING

Assalamualaikum.

Orang kata kalau kita jenis kawan ramai yang jenis group tu mesti akan ada satu yang annoying. Pastu orang kata jugak kalau rasa antara kawan-kawan kita tak dak yang annoying maksudnya diri sendiri lah yang annoying. Opss ! Aku harap dalam group aku bukanlah kawan yang annoying. 

So aku nak kasi tips lah cara elakkan kawan yang annoying ni tapi first of all bagi aku annoying tu bermaksud kawan yang suka buat macam dia tahu semua benda. Contohnya bila si A cerita yang kawan sekerja dia model sambilan, si B dan dan sampuk cerita kata kawan opis dia pun model jugak and bla bla bla. Contoh lain si A dok cerita pasai tunang dia kasi suprise masa birthday dan dan la si B masuk cerita yang boyfriend dia pun sebenaqnya dok plan nak suprise dia masa birthday dia lagi 2-3 bulan and bla bla bla. Serius kot apa masalah si B sebenaqnya ni ? Dengki dengan orang ka ? Tak boleh orang lebih dari dia ka ? Apa ? Apa masalah hang wahai si B ?! 

Nak tau cara terbaik mengelakkan manusia jenis annoying ni ?? Versi dalam whatsapp group ya. 
First sekali bila kita cerita something dan kawan annoying ni masuk better stop cerita kita terus. Biaq kan dia membebel seorang diri. Buat tak tahu dan tak perlu kasi reaksi kepada cerita-ceritanya itu. Please lah life bukan pasal hang sorang. Life pasal semua orang. Jangan nak fokus pada hang je tiap masa, orang lain pun nak share story depa jugak. Lama-lama dia akan paham kenapa semua orang buat tak tau dekat dia bila dia menyampuk cerita orang. Tapi kalau dia tak paham jugak cara ni sila beralih ke cara kedua. 

Kedua, bila dia sibuk perangkat diri sendiri depan kita. Sila sharekan quote-quote mengenai mereka yang annoying. Bagi contoh ciri-ciri kawan yang annoying bagi pendapat kita mahupun dari kawan-kawan yang lain. Kasi perli kaw-kaw sikit. Kalau dia paham tentu dia akan tahu yang ciri-ciri tu semua ada pada dia. Kalau dia tak paham mungkin otak dia jenis yang tepu dari rasa malu kerana dia rasa dia sangat hebat. Cuba pula tips yang ketiga. 

Ketiganya hang remove je dia dari group whatsapp dan cakap yang hang tak sengaja ter "remove" dan bila dia minta di add kan semula berterus teranglah mengenai perangai dia yang annoying supaya dia sedaq diri dan berubah demi kebaikan bersama. Kalau dia rasa sebenaqnya kita jeles dengan life dia yang superb suruh dia mereput seorang diri dan tak payah sibuk dah nak join group whatsapp kita. 

Aku tak boleh betoi dengan manusia yang suka rasa dia hebat dan mempunyai life yang superb. Mungkinlah kadang-kadang aku pun annoying tapi janganlah setiap masa hang nak jadi tumpuan, kesian kot dekat kawan lain yang maybe ada benda nak share tapi tak boleh sebab hang terlampau menguasai group tu dengan cerita membangga diri hang. 

Ok aku harap aku tak annoying kan pembaca blog aku sebab nie pendapat dan cara aku. Mari kongsikan tips anda pula. 

Ok. Terima Kasih. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan