Jun 12, 2016

REVIEW : THE CONJURING 2

Assalamualaikum and hello semua.

Maaf sebab lama tak update dan tak aktif dekat blog. Terlampau busy di tambah dengan bulan puasa ni rasa tak larat je pastu rasa malas je. Haih apa punya badan pemalas entah lah aku ni. Btw semalam aku dah pergi tengok The Conjuring 2. Ok seramm wei, sebab hantu dia real betoi lepastu suka muncui tetiba (bukan hantulah kalau tak muncul tiba2 kan). James Wan tak pernah buat aku rasa tak syok kalau cerita tu dia yang arahkan. Serius best wei cite bawah arahan James Wan ni. Mungkin sebab dia asal orang Malaysia so cerita hantu/horror dia macam kena lah dengan jiwa kita ni.

The Conjuring 2 nie pun based on true story dari pengalaman Ed and Lorraine Warren dan dikatakan oleh Lorraine ni adalah pengalaman paling diingati dia dan cerita ni jugak antara yang terfamous lah dalam kalangan cerita dan penggemar paranormal. So first perception ya cerita ni memang seram dan scary lah sebab hantu yang biarawati tu macam bapak ah muka dia. Hahah. Balik dari tengok cerita tu semalam dok teringat-ingat lagi dekat rupa hantu tu. Memang terkesan lah dekat ingatan aku ni.

Kiranya untuk siapa-siapa yang tak pernah tengok Conjuring 1 pun tak apa sebab cerita antara dua movie ni tak berkait pun. Kisah dimulakan dengan Lorraine yang dapat vision si hantu biarawati tu tunjuk yang someone kena tikam dekat dada. Kejadian tu buatkan Lorraine macam nak stop sat tolong orang pe semua sebab bagi dia risaukan keselamatan suami dia. Tapi akhirnya depa kena pergi London sebab ada satu family minta tolong lepas banyak kejadian pelik jadi terutama dekat anak dia yang nama Janet. Tapi before tu depa dah janji kalau disahkan keluarga tu sebenaqnya cuma buat-buat kena kacau/rasuk depa kena blah and tak perlu tolong. 

Rupanya hantu ni macam cerdik sikit, dia minta Janet berlakon pecahkan sendiri barang-barang dekat dapur depan kamera supaya rakam yang Janet ni tipu je sebab hantu tu ugut nak bunuh family dia. Tapi sebelum Lorraine sempat blah dia dapat vision pasai hantu yang sebenaqnya cuba kuasai si Janet tu. Hantu biarawati, hantu yang sama dia masa dia dapat vision untuk pertama kali dan second time masa kat rumah dia sendiri.

Jujur wei banyak gila part buat aku terkejut, tersentak dan terjerit masa tengok cerita ni. Even sampai sekarang rupa hantu biarawati tu dok hantui aku. Hahahaha seriauuuu wei ! So apa lagi pergila tengok cerita ni. Tak rugi wei cuma janganlah taksub pulak.




Aku nak share banyak2 gambaq pun aku sendiri rasa takut rasa seriau. Haih. Boleh lah hgpa semua p usha sendiri dekat panggung wayang berdekatan hgpa or google je gambaq2 hantu dalam cerita ni. Haha. Btw aku dok tunggu Now You See Me 2 keluaqq woii. 

Ok bai. Terima Kasih.




8 ulasan:

  1. si valak tu memang suka buat elsa terkejut dalam wayang! hakhak btw best dan seram :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah macam bala je bila si Valak tu muncui mai. Hahaha :)

      Padam
  2. Conjuring 2 tak seseram conjuring 1, tapi jln penceritaan yg kedua ni lagi kuat n tak complicated macam yg dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab rasukan ya memang conjuring 1 seram tambah part hat mak dia kena ikat masa atas kerusi tu kann. Cuma hantu Valak ni ngeri cam ne ntah.

      Padam
  3. SAMA ! saya pun sedang tertunggu2 movie NOW YOU CAN SEE ME 2. Yg first da tgk, best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeap best kann. Tak sabaq aihh.

      Padam
  4. bila la ade masa free nak tengok..huhu

    BalasPadam