Mac 06, 2016

REVIEW : MUNAFIK

Assalamulaikum. 

Hari ni nak review movie seram yang disebut-sebut sepanjang hujung bulan lepas sampai ke hari ni. Movie dibawah arahan Syamsul Yusof oleh Skop Productions. Aku dah tengok 2 kali walaupun untuk kali kedua aku tengok sebab teman sorang member baik yang tak sempat nak tengok lagi, bila second time tengok kira dah tak terkejut sangat lah kononnya. Rupanya tak lah ada jugak part aku masih terjerit sekali dua sebab tak ingat hantu tu muncul kat part tu. Hahaha. 






Untuk aku yang sememangnya agak penakut tapi tetap nak tengok jenis-jenis cerita seram ni sebab kalau tak aku tak leh duduk diam. Cerita ni best, best, best untuk kategori cerita Melayu seramlah. Sebab banyak cerita Melayu seram lain bila nak mai last cerita tu feel dia lain sangat, macam tak ikut flow tak tentu arah. Cerita Munafik ni dari awal dia kasi kita persoalan dah "siapa langgar bini Ustad Adam?" Lepastu kita tak boleh nak predict siapa sebenarnya yang jahat dan menjadi punca semua ni sebab orang yang jahat tu kiranya tak penting pun dalam cerita ni. Maksud aku scene dia tak banyak mana. Bila member baik aku tuduh orang lain aku iye iye kan jelah sebab malas nak kasi spoil. 


Nabila Huda sangat menjiwai wataknya dengan berjaya dan memang terbaik. Aku meremang bila part Nabila kena rasuk lepastu syaitan yang rasuk dia cakap arab. Lepastu dia bagitau yang akan datang dari keturunan iblis - Dajjal. Masa tu memang terasa ah ketakutan dia. Tambah pulak bila syaitan hat merasuk Nabila tu pandai buat fitnah semua. Satu ayat dia aku tak leh lupa " Orang yang beriman tapi punya rasa was-was dalam hatinya". Kat situ kita boleh tahu yang syaitan mula menyesatkan umat Islam dan manusia beriman dari rasa was-was terhadap kebesaran dan keagungan Allah. 

Overall cerita ni memang banyak pengajaran untuk kita yang masih bertatih ni mencari jalan-jalan ke arah yang lurus. Kita boleh ambik pengajaran bahawa beriman sahaja tidak cukup tanpa ilmu maka kita perlu tanamkan sifat percaya dan yakin terhadap Qada dan Qadar Allah. Buang perasaan takut terhadap benda lain selain Allah SWT. Aku malas nak cerita dari A sampai Z kat sini so aku anjurkan pergilah layan cerita Munafik ni sebab tak rugi. Takut memang ada sebab banyak part terkejut tapi kita cubalah pandang dari sudut pengajaran dan moraliti yang cuba disampaikan oleh Syamsul Yusof. Movie Munafik nie memang terbaik. 

Ok bai. Terima Kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan