Ogos 06, 2016

PELUANG UNTUK PERUBAHAN

Assalamualaikum. 

Maaf sebab dah lama membiarkan blog ini sunyi tanpa cerita baru. Busy dengan interview dan pilihan kerja yang perlu aku lakukan. Aku sendiri tak tahu sama ada nak terus bekerja dekat tempat sekarang di mana gaji memang tak banyak mana atau pergi kerja tempat baru dengan gaji yang leih lumayan cuma aku kena belajaq banyak benda sebab kerja baru tu memang pengalaman aku untuk tu adalah zero. 

Kerja sekarang ni sangat best sebab kerja tak banyak so aku memang relax gila lepastu dalam 5-10 minit je dari rumah. Kerja baru tu pulak around 15-20 minit dari rumah aku. For sure bapak aku sendiri akan ambik hantaq sebab aku tak yakin dengan skill memandu aku dekat jalan yang tak pernah aku lalu. Haha kesiann dekat aku. Kesian jugak dekat bapak aku. Tapi in shaa Allah gaji up upah dekat bapak aku pun aku akan up lah jugak. Hehe. 

Pilihan aku ni akan buat direction hidup aku berubah banyak for sure lah sebab duties kerja sekarang dengan yang kerja baru ni memang berbeza. Kerja sekarang mengenai insurans, kerja baru mengenai shipping. Kerja sekarang company kecik je kerja baru company besaq. Tapi kalau aku tak cuba berubah cari direction baru pun tak boleh jugak. Tak kan aku nak stay di tempat yang sama kan. Everyone need a chance to change, so bila dah dapat peluang nak kembangkan skills dan bakat dan expand knowledge aku why not aku tak pilih yang tu kan. Serius aku pening. Hati aku berbelah bagi sama ada nak stay dekat sini or start a new life dekat tempat kerja baru. 

Aku cuma tak yakin boleh ka aku handle kerja baru yang rushing dari sekarang, lepastu nak kena speaking tetiba. Mai tetiba ni memang lintang pukang bahasa aku satgi. Mau kelaut apa. Haih confidence level aku makin down sejak sekarang ni, tak tau lah pasai apa. Sekarang aku masih berperang dengan hati aku untuk pilih kerja yang mana satu. Separuh hati aku nak stay je dekat tempat kerja lama tapi separuh lagi nak kerja dekat tempat baru sebab aku betoi-betoi berharap aku dapat kerja baru tu masa pergi interview tapi sekarang bila dah dapat rasa macam "ehhh nak pegi kat tak ni"

Ok bai. Terima Kasih. 

2 ulasan:

  1. review la semula target hidup nak ape.. kalau target nak beli rumah dan perlu duit yg bnyk better g tmpt kerje baru and separuh duit gaji tu ke simpan dalam bank (asb) nnti boleh buat beli rumah.. or katakan takde target apa2 stay tmpt lama sbb dekat n kerje pun tak bnyk so setimpal la dgn kerja yg ada dgn gaji..

    semoga berjaya membuat keputusan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah nak kena check balik lah apa yang kami nak dalam hidup kami. Haih. Terima kasih ya :)

      Padam