Julai 14, 2016

EXPECTATIONS MANUSIA

Assalamualaikum. 

Dah hampir 2 tahun aku kerja tapi aku rasa aku masih tak ada aset sendiri. Bukanlah tak ada langsung ada lah jugak sebab aku jenis suka barang kemas so ada lah barang kemas dah beli guna duit sendiri. Aset lah jugak tu cuma makin meningkat umur makin aku terpikiq sampai bila nak kerja makan gaji ? Kalau gaji yang di makan tu 5k ke atas gagah lah jugak. Ni 2k pun tak sampai. Dengan ekonomi yang ada sekarang ni memang sebenarnya susah nak hidup dengan gaji sikit cuma bersyukur sebab aku masih tak berkahwin dan duduk serumah dengan mak ayah. Banyak dah aku jimat tapi kadang-kadang rasa tak syok bila dapat gaji dapat huluq sikit je dekat mak ayah aku. 

Impian aku besaq sangat tapi mungkin belom rezeki aku nak capai impian tu tapi orang kata zaman sekarang zaman orang cari duit bukan capai impian. Tapi aku tak puas dengan cara tu. Kita dekat Malaysia tak macam dekat negara luaq. Bila dah injak umuq 25 orang cakap dah terlambat nak patah balik dan kejaq semula impian. Umuq 25 ni tak leh nak toleh belakang dah kalau tak lagi ketinggalan. Orang kata umuq 25 ni hang dah kena go on dengan apa yang hang ada sekarang tak payah sibuk nak kejaq impian. Langsung tak ada sapot dari orang terdekat dan masyarakat. Jujur aku macam nak patah balik ambik SPM lepastu sambung course yang aku dah lama impikan tapi hurm entahlah. 

Aku nak hidup puas dengan apa yang aku ada dan tak perlu hadap expectation orang. Apatah lagi kehidupan seseorang tu diukur dengan kereta apa hang pakai dan gaji hang berapa banyak. Tak aku tak nak macam tu aku nak kehidupan aku diukur dengan banyak mana usaha aku untuk capai impian aku, berapa bahagia dan bangganya aku dengan apa yang aku ada sekarang dan macam mana aku gunakan apa yang aku ada untuk buat mak ayah aku bahagia. Bukan ka kebahagiaan dan kepuasan hati sendiri tu lagi penting dari pandangan dan pendapat orang ? Ka memang kebahagiaan kita terletak pada manusia yang judge kita ? 

Aku takmo kisah dengan pendapat orang sebab manusia tak pernah berhenti judge. Kalau aku lambat sikit nak capai apa aku nak aku cuma harap manusia sekeliling aku tetap beri sokongan dan jeritan semangat supaya aku tak mengalah. Aku tak nak hidup hanya untuk buat manusia yang judge aku puas. Aku nak hidup cara aku sendiri dan pilih jalan hidup aku sendiri tanpa perlu dipengaruhi oleh mana-mana manusia pun. 

Ok bai. Terima Kasih. 

4 ulasan:

  1. kita doakan akak dimurahkan rezeki ye..tabah lah akak :)

    BalasPadam
  2. Mungkin Allah ada percancangan yang lebih baik untuk akak. Bersabar dan jangan putus asa xx

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya in shaa Allah kak tak akan putus asa. Thanks for your sweet words :)

      Padam