Mei 28, 2016

TERSEREMPAK DENGAN EX ? APA NAK BUAT WOI !

Assalamualaikum and hello :)

Apa perasaan anda tatkala sedang seronok berjalan-jalan dan terjumpa dengan ex anda ? Kalau ex jenis yang putus secara baik mestilah tak ada masalah kan, rasa still boleh teguq-teguq at least as a kenalan. Tapi hat ni ex yang putus secara tragis dan mungkin dalam hati masing-masing rasa sakit, pedih dan dendam tu masih ada. Fullamak drama gila rasanya. 

Yeah betoi ! baru tadi aku terjumpa dengan ex yang putus secara baik. Still boleh teguq tanya buat apa dan bye-bye macam tu. Tak ada yang complicated dan tak dak adegan tarik menarik or maki hamun satu sama lain. Alhamdulillah, tapi pernah lah aku jumpa ex yang putus secara tragis ni and that time syukur dia tak perasan aku. Punyalah aku kalih dari dia sampai aku terbeli benda yang aku tak nak beli. Ok time tu tersermpak masa dok ronda kat pasaq malam. Serius bersyukur dia tak nampak aku. 

Hangpa-hangpa semua mesti pelik kenapa nak elak sampai macam tu kan ? Ok aku ceritakan secara ringkasnya kami putus sebab dia yang minta tapi dengan cara memberi alasan yang sangat cliche dan menipu dan akhirnya di hujung cerita kantoi dia tipu. Tapi dia buat macam aku yang salah, dan buatkan ramai kawan-kawan yang kenal kami berdua salah faham dekat aku. Kira di mata orang lain aku lah jahat dan tak bagus. Bukanlah pulak maksud aku ex aku tak bagus. Dia bagus cuma couple masa baru habis sekolah bukan satu perkara yang best untuk dilakukan sebab kalau kecewa pergh dia menusuk dalam-dalam hati dan jiwa ni oii. 

Adalah pulak part dia ungkit semua benda dia buat dekat aku depan kawan-kawan kami ni. Dah hampir 4 tahun rasanya benda tu jadi tapi sampai sekarang bagi kesan dekat kawan-kawan lain kiranya aku sampai tahap block dia dan "kawan-kawan rapat dia" (choihh betoi lah) dari facebook aku. Biarlah antara kami hubungan tu macam sekadar persinggahan dalam mimpi. Pergh bak hang ayat aku. Ni habis pasrah memang kami tak akan boleh jadi kawan dah dalam masa sekarang ni. 

Aku tak daklah harap benda buruk jadi dekat dia cumanya aku harap dia bahagia dengan cara dia. Dan semestinya aku sendiri akan bahagia dengan cara aku kan. Tapi tulah jumpa atau terserempak dengan ex ni kalau boleh memang aku nak elakkan sebab tak nak benda yang dah dilupakan terungkit dan tersingkap semula sampai terbitkan perselisihan faham yang baru. 

Move on lah hangpa-hangpa semua. Jangan diganggu dah ex bf or ex gf hangpa. Yang berlalu biarkan terus berlalu menjadi kenangan dan pengalaman yang mematangkan. Fokus pada masa akan datang kerana kita sedang bergerak menuju kehadapan bukan kembali ke belakang. 

Ok bai. Terima Kasih. 

2 ulasan:

  1. wahhh hahhaha. kalau Elsa, ex yang tersangat kecewa memang Elsa tak tegur langsung pandang pun taknak. Tapi kalau yang tak kecewa sangat, emm boleh laa. mana tahu cinta lama berputik kembali hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoiii lah tu, yang baik2 tu boleh la teguq kotlah kan kasih bertaut. Pergh perghh. Hahaha :))

      Padam