Mei 16, 2016

PURE BEAUTY WHITE & BRIGHT CLEANSING FOAM

Assalamualaikum.

Setelah berbulan-bulan aku pakai produk Nourain as skincare complete dari sabun cuci muka, toner, krim siang, krim malam dan serum hati aku tetiba nak kan pertukaran brand skincare. Terasa gedik sangat. And Nourain nie ialah the first skincare yang aku pakai complete kalau tak aku pakai pencuci brand lain, krim brand lain. Lepas 3 hari aku tak cuci muka sebab sabun Nourain dah habis aku decide nak try brand lain dekat drugstore sebab senang nak beli dan nak cari.

So lepas tengok perubahan yang agak ketara dekat member baik aku terus aku pun terpengaruh nak beli dan nak cuba. So aku pun beli lah Pure Beauty White & Bright Cleansing Foam dengan harga cuma RM21+ sebab diskaun as Member Watson.

 Pure Beauty White & Bright Cleansing Foam 
Di bawah ni gambar aku tanpa sebarang makeup atau pun bedak sebab aku baru je bangun tidoq masa ni dan dipaksa teman abang aku pergi beli barang daging sebab mak aku nak masak rebung masa lemak cili padi dengan daging (ok saja nak bagitau)

Ni muka aku tanpa sebarang bedak dan sebagainya. Muka tak dan mandi :'(

Parut disebabkan gatai-gatai. Dah macam terbakaq :'(

Muka aku tak ada lah masalah teruk macam jerawat ka apa ka cumanya aku ada parut (refer gambar di atas) dekat pipi belah kanan disebabkan sakit gatai-gatai yang tetiba aku kena. Bila pakai tudung bawal alhamdulillah memang dapat cover tapi bila pakai shawl akan nampak jugak sebab jenis aku pakai shawl mesti shawl tu kebelakang supaya tak menghalang pandangan aku. Kalau halang pandangan aku macam mana nak cari idea tulis blog. Hoho.

So far 3 hari dah pakai cleansing foam ni aku rasa best sebab muka aku rasa bersih sangat lepas cuci, kulit muka pun rasa cekang dan tegang. Rasa gatai-gatai dekat pipi kanan aku ni pun dah kurang sangat-sangat. Parut tu pun makin pudar. Ok takpe tunggu bila satu tube cleansing foam ni habih aku kasi full review okay. 

Ok bai. Terima Kasih. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan