Mei 22, 2016

MY LIFE ACHIEVEMENT ?

Assalamualaikum and hello readers. 

Aku dah 23 tahun 1 bulan 23 hari masa saat aku menaip entry ni. Dan pada umur yang 23 ni aku pun tak tahu apa yang patut aku banggakan dengan life aku. Sedangkan masa form 3 bila dapat result PMR straight A aku dok bayangkan yang aku akan berjaya sebagai lawyer. Tapi perancangan dan percaturan Allah tu mungkin lagi cantik dan lagi baik untuk aku. Jujur aku cakap start form 4 disebabkan aku start pakai phone aku start couple (menyesal sangat bila ingat balik) aku macam lupa daratan sat, seronok terbuai dengan cinta lah kononnya. 

Pelajaran aku sangat merosot sampai SPM aku cuma dapat 2A tapi setbek lah family aku tak mengamuk apa. Sepatutnya form 4 aku sambung study dekat SMK Sains Kubang Pasu tapi aku reject sebab nak tolong ayah aku meniaga dekat kedai makan habis masa sekolah. Dengan couple dengan busy tolong ayah aku meniaga pelajaran aku memang merosot. Kalau lah boleh patah balik tapi apakan daya semua benda dah lepas dah jadi dah pun. 


Bila aku ambil diploma aku betol-betol nekad nak belajaq sungguh-sungguh and yeah terbalas usaha aku bila every sem aku tersenarai dalam Dean List. Kptm Aloq Staq kasi aku penghargaan as best student in my course which is Business Management. Then masa konvo aku dapat Anugerah Presiden sebab dekan setiap sem. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Aku tak sambung degree sebab tak nak tambah hutang dan tak nak susahkan mak bapak aku bab duit belanja apa semua tu walaupun hati aku meraung, melalak nak sambung degree tapi bukan rezeki aku. 

Sekarang aku bekerja sebagai kerani je dekat insurance company tapi tak jauh pun dari rumah. Dalam 5-10 minit je kalau naik kereta ka naik motor ka. Ok lah sebab tak banyaklah belanja untuk minyak dengan makan. Memanglah gaji tak besaq mana tapi still okay sebab aku boleh bayaq pinjaman Mara dengan PTPTN. Dapat huluq dekat mak bapak, bayaq 2-3 jenis bill dekat rumah dan still dapat enjoi bila barang personal semua. Alhamdulillah. 

Jujurnya aku masih menunggu tawaran kerja yang lebih baik sekarang ni sebab sebelum ni banyak aku kena tolak sebab takut nak drive (ok sekarang dah berani dah) dan takmo jauh dengan mak bapak aku. Dengan gaji yang aku dapat sekarang boleh la nak hidup cuma tak lah sampai bermewah kadang-kadang bila mai sesak terlepas lah jugak nak bayaq bill pe semua tu, tapi part bestnya bila aku pergi kerja muka mak bapak yang aku nampak dulu sama balik kerja muka mak bapak aku yang sambut aku. 

Life aku sekarang mungkin tak sama macam aku bayangkan masa form 3 dulu tapi aku masih bersyukur sebab walaupun kerja biasa-biasa aku tak jauh dari mak ayah aku. Dapat duduk dekat dengan depa dah rasa lega sangat. Dapat makan masakan depa, dapat tengok ayah aku ambik hantar aku hari-hari, dapat gurau senda pe semua sebab aku tak tahu lama mana lagi umur kami di dunia. Harapan aku supaya selagi aku berkorban hati, perasaan dan impian aku untuk bersama dan berbakti untuk mak ayah aku Allah akan bukak jalan rezeki yang lain untuk aku. 

Bila tengok kawan-kawan lain bohong lah aku tak sedih sebab tak ada apa yang dapat aku banggakan dengan life aku tapi rupanya tak sebab kawan-kawan aku kata at least aku dapat lepak dengan mak bapak hari-hari. Dapat berbakti dekat mak bapak. Yess aku tak nampak sebenaqnya yang tu aku patut bangga dalam hidup aku sebab Allah kasi aku rezeki mudah dengan berbakti dan membahagiakan mak bapak aku. 



" Selagi aku bahagia dengan cara hidup aku sekarang, maksudnya aku di landasan kejayaan "

Ok bai. Terima Kasih. 



2 ulasan:

  1. saya dulu tu mcm gitu juga tapi masa matrik.. hampir2 gagal dulu mmg rendah pointer masa tu.. skrg alhamdulillah bangkit semula dah tiga tahun di degree and ada balance lagi satu tahun..

    sometime kena muhasabah diri balik.. and cuba hayati surah ar-rahman punya makna :)


    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoi. Saya pun takdak lah nangis hiba kenang semua ni sebab alhamdulillah rezeki kot lain. Betoii bila muhasabah diri balik rasa mmg banyak yang kurang.

      Tq for your kind reminder :)

      Padam