Mei 18, 2016

MY FAVOURITE SMARTPHONE APP

Assalamualaikum and hello readers. 

Hari ni rasa nak share lah dengan hangpa semua apps yang perlu ada dalam smartphone aku. Semua phone yang aku pakai sebelum sebelum ni pun mesti wajib ada app ni semua. Btw sekarang aku pakai iphone 5 selepas Oppo R5 aku terjatuh dan secara tak langsung phone oppo yang masa tu ada kat tangan terseret kat jalan tar dan poof skrin retak seribu seperti mana hati aku retak masa tersungkuq jatuh tu. Sedihhhh tau dah lah Oppo tu baru beli dalam 3 bulan macam tu. 

Ok mari teruskan dengan 5 apps favourite aku dan satu tu baru je aku tersuka dan terinstall. Haha. 


1) Wattpad - Free Books and Stories 
So yang suka membaca novel, cerpen or apa-apa story untuk penuhkan masa terluang hangpa boleh la install app ni. Selain dari boleh baca, hangpa pun boleh create cerita sendiri macam cerpen atau novel kalau hangpa berminat nak mengasah bakat terpendam. Yang penting semua cerita dalam tu FREE.

2) Photo Grid - Collage Maker & Photo Editor
Aku guna yang ni bila aku nak boh watermark pada gambaq-gambaq aku. Sangat mudah, mudah dan mudah nak guna. 

3) Boomerang from Instagram 
Create captivating mini videos that loop back and forth (ambik description dalam App Store je). Alah app hat buat video dalam 2 saat tu yang pi mai pi mai tu. Ergh tak tau nak explain camne tapi hangpa mesti tau punya. 

4) Yonder Music - Exclusive to Celcom Subscribers
Untuk dengaq music secara online dan offline tapi tak lah best macam Spotify. Aku agak je sebab aku tak pernah install Spotify. Hangpa boleh create playlist sendiri. 

5) Snapchat
Aku rasa semua tau kan app ni. Best woo. Dah macam ketagih dah aku pun. Mohon add aku di Snapchat anda kalau sudi ya. 
Snapchat : atiqah.azmi

So ni jelah app yang aku ada. Aku jenis tak minat boh barang banyak dalam phone aku sebab rasa macam semak sangat lagipun bukan aku nak guna semua app tu kan. Btw kalau hangpa ada app yang lagi best mai la share sini. Kot nanti terbukak hati aku nak try install. Hoho. 

Ok bai. Terima Kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan