Mei 16, 2016

EVERYDAY MAKEUP ROUTINE

Assalamualaikum.

Memandangkan aku dah bekerja jadi setiap hari aku kena nampak kemas sebab aku jumpa ramai customer yang datang nak beli insurans, renew insurans dan sebagainya. Masa zaman kolej dulu memang aku tak kesah sangat bab rupa muka nie janji tak comot dan tudung jadi dah rasa comel dah. Haha.

So di bawah ni adalah rupa aku setiap hari bila nak pergi kerja cuma adalah kadang-kadang terjaga lambat sememeh jugak muka aku. Btw ni bukanlah makeup sangat pun just cara aku untuk tambah seri dan look presentable depan customer. Tak adalah over sangat dan tak adalah selekeh sangat. 


So hari ni nak share lah everyday makeup routine aku sejak bekerja ni. 

So aku mulakan dengan semburkan facial toner Nourain dekat muka. Kasi muka nampak lebih segar. Toner ni bagi aku memang terbaik sebab dah masuk 3 bulan ni tak habis-habis lagi. Sedangkan aku guna lebih 2-3 hari sekali. Dan bagi aku bila toner jenis spray lagi hygiene lah. Tak baziq nak kena beli kapas.

Facial Toner by NourAin RM25+ 
Untuk krim aku guna CC Cream dari Maybelline. Ni pun tahan lama walaupun tube kecik je dah hampir 2 bulan tak habis lagi. Memang jimat dan bagi litupan yang memang tahan sampai ke petang cuma disebabkan muka aku jenis cepat berpeluh bila mai petang kawasan dahi dengan hidung start bermiyak.

Maybelline White Superfreh CC Cream with SPF37
Lepastu aku just setkan dengan pressed powder dari Silky White. Walaupun yang jenis murah bedak ni bagi aku memang bagus sebab sesuai dengan muka aku. Selalunya aku pakai no 1 tapi hari tu tersilap beli no 2 so pakai jugaklah.

Silky White Pressed Powder in 02
Untuk kening aku just brush guna eyebrow brush je sebab aku memang tak suka lukis kening. Untuk eyeshadow aku guna obuse eyebrow punya yang warna tengah. Just sapu sapu je atas kelopak mata. Dan for blusher aku guna Silky Girl Shimmer Duo Blush. Best sebab tak over merah dia. Aku pakai blusher ni dari zaman kolej lagi member lah yang perkenalkan.


Silky Girl Shimmer Duo Blusher in 03 Rose Petal 
Obuse Eyebrow (aku guna warna tengah untuk eyeshadow) 
Move to mascara. Aku pakai mascara miXiu yang best dan meletop pap pap ni. Boleh baca review dekat SINI. Dan akhirnya aku just pakai Matte Lip Color Balm dari Silky Girl. Memang tahan lama dan tak keringkan bibir macam setengah lipstick matte tu.
Mixiu Mascra RM40 
Silky Girl Matte Fever Lipcolor Balm in 01 Vogue
Ok tu semua produk yang aku guna setiap hari bila nak pergi kerja. Semuanya barang-barang murah yang hangpa-hangpa semua boleh beli boleh pergi cari dekat drugstore. 

Ok bai. Terima Kasih. 






9 ulasan:

  1. sis JM ni pakai bedak pun tidak jgn kata nk makeup mmg x reti lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank You sis JM follow blog picisan saya ni. Tapi sis JM lagi best travel sana sini. Hoho.

      Padam
  2. mekap light light je kan dear.. org kata bg berseri skit nk p keje.. hehehe=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoii tu dear. Bagilah nampak berseri sikit bila nak jumpa customer semua :)

      Padam
  3. Jom join nak?

    https://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/05/pencarian-bloglist-jun-zafirah-nazri.html?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah nanti saya join dear :)

      Padam