April 25, 2016

LIFE UPDATE

Assalamualaikum. 

Huish lama aku tak update blog semua sebab busy dan jugak idea kering tak tau nak tulis apa. Sat lagi kalau dok tulis benda merepek macam tak ada point pulak kan. So selepas hampir seminggu lebih adalah benda yang aku nak tulis untuk share dengan yang membaca blog ni (kalau ada yang bacalah). 

Hari Jumaat 22/04/2016 baru-baru ni aku dah temukan "kawan special" aku dekat family. So far alhamdulillah penerimaan dari mereka sangatlah okay. Nampaknya ayah aku pun on je dan tiada tanda-tanda halangan mahupun tidak restu dari family aku terutamanya ayah aku lah. So lega sangat kira dah lepas one step so at least hubungan kami ni tak daklah tersorok dan berahsia sangat kan. Lepastu besoknya Sabtu aku join family belah mentua abang aku bercuti kat Pulau Pangkor. 


Hurmm not bad lah pulau tu even Langkawi best lagi. Pulau Pangkor ni kawasan dia kecik so kalau jenis yang memang niat nak buat aktiviti air dekat pantai memang best lah sebab aiq dia pun bersih banyak dari kawasan Langkawi. Tapi bukanlah semua pantai dekat Langkawi tak bersih ada je yang bersih dan cantik. Kena pandai lah cari dan explore. So kami stay dekat Pangkor Waterworld Chalet (kalau tak salah macamtu lah nama dia). Best lah sebab nak pergi ke kawasan pantai tak jauh pun dalam 3-5 minit sahaja. Sepanjang jalan yang beberapa minit untuk ke pantai tu banyaklah guest house dan chalet lain. Pastu aku nampaklah yang Nipah Guesthouse yang femes tu. Mula nak stay situ tapi tak boleh call je kalau nak booking kena email semua. Di sebabkan banyak kerja abang aku habaq tak payahlah. 

Sumber : Pakcik Google

Makanan kat sana ok sedap. Harga pun not bad standard lah harga macam tu. Aku tak shopping apa pun sebab benda yang dijual kat kedai semua sama - sunglasses, topi, tshirt pangkor, baju corak batik abstark tu. Kira semuanya sama so aku angkat tangan aku tak beli apa pun. Duit aku habis banyak dekat makan sebab malam dinner aku belanja family aku makan. Petang masa kami sampai check in masuk bilik aku just rehat dan main-main dengan anak menakan je. Malam tu gerak dinner. Besok pagi mandi laut lagi. Bila pagi masa sejuk-sejuk tu memang best ah mandi manda. Tengah hari pukul 1 lebih macam tu masa gerak nak balik kami singgah la dekat Kubu Belanda Teluk Gadong. Nothing fancy pun just snap 2-3 pic pastu blah pergi terminal feri nak balik darat semula. 

Masa gerak balik geng-geng makcik ni singgah la beli hasil laut hat depa juai agak murah dari tempat lain. Macam biasa jugak aku balun beli keropok ikan je buat kudap-kudap dalam kereta. Petang tu sampai Taiping kami singgah Kuala Sepetang makan Mee Udang Mak Jah. Perghh kuah dia sedap sebab pekat semua ada tapi udang dia macam kurang masak sikit tapi serius sedap so aku kasi 3 bintang setengah dari 5 bintang.

Ok sampai Sp pun dah pukul 8 macam tu. Terus mandi, rehat dan siap nak lena sebab serius penat. Aku pulak jenis cepat mabuk lau dalam kereta lama-lama. Susah nak bawa berjalan jauh aku ni. Hahah. Ok tu je life aku untuk seminggu lebih ni selain ulang alik ke tempat kerja. 

Ok bai. Terima Kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan