April 26, 2016

GET TO KNOW ME

Assalamualaikum. 



Walaupun aku bukanlah blogger femes tapi cita-cita dan minat aku nak menulis tu memang dari dulu lagi dok tersemat kat hati ni. So memandangkan aku baru je buat blog so aku nak try lah buat "get to know me" ni supaya yang baca dan yang follow blog aku boleh kenal aku dengan lebih dekat. Tambah kawan orang kata, in shaa Allah. 


1) Name 
Nur Atiqah Binti Azmi - tapi nickname aku banyak betoi. Haha, masa sekolah menengah form 1 sampai form 3 dekat Smk Tmn Ria Jaya Sg Petani kawan-kawan panggil Tiqah je. Bila aku masuk form 4 dekat Smk Khir Johari kawan-kawan start panggil aku Lobak. Kenapa Lobak? Sebab aku terpengaruh dengan satu cite yang aku baca dalam Mastika. Kahkah, mohon jangan hina. Bila aku masuk kolej semua orang kenal aku dengan nama Dora ( Dora The Explorer ) sebab one of my best friend kata gaya dan rupa aku sebijik macam Dora. Even certain lecturer pun kenal aku dengan nama Dora until now budak KPTM Aloq Staq kenal aku dengan nama Dora. 


2) Age
Umuq aku 23tahun tahun ni :) Dah tua dah. 

3) Best Friends 
Ada 6 orang kawan hat memang kamcing. 5 of them kawan start zaman kolej. 1 lagi kawan start masa praktikal dekat Pejabat Zakat. 

4) Relationship Status 
Aku ada yang special tapi aku serahkan semuanya pada jodoh dan takdir. Cuma aku harap supaya pengakhirannya baik-baik saja. 

5)Piercings You Have
Ada lah kat telinga.Tu jelah.

6) Piercings You Want 
Nak lagi dekat dengan tulang telinga belah atas tu tapi mak aku tak kasi lagipun sakit weiii. Aku takut dengan rasa sakit :(

7) Tattoos You Have
Nope. Gila nak ada, Islam kan haramkan tatoo. 

8) Tattoos You Want
Tak pernah rasa macam nak ada tatoo pun sebab aku rasa buruk lah. 

9) Favourite Blog
Banyak nak list. Serius aku suka dan baca banyak blog sebab aku suka membaca. 

10) The Meaning behind my URL 
http://atiqahazmi.blogspot.my/ - nama aku yang aku guna dalam semua sosial medai yang aku ada.

11) Favourite Band at the moment
One Direction - aku baru je jatuh suka jatuh cinta dengan lagu-lagu depa. Lepastu aku minat gila dengan Wings - Awie yang hensem dan macho. Lebiuuuu. 

12) Favourite Movie 
Ip Man - semua yang pasai Ip Man aku tengok sampai nangis-nangis bila bini dia mati :( 

13) A fact about my personality
Aku mulut kasaq tidak aku nafikan itu tapi aku jenis tak sampai hati. Mulut cakap macam-macam tapi tak tak akan buat pun sebab serius tak sampai hati. Aku nie jenis cepat nangis walaupun benda kecik tapi memang aiq mata aku senang nak keluaq :'(

14) What I hate most about myself.
Cepat tacing :"(


15) What I love most about myself. 
Rajin. Aku cukup rajin untuk buat something especially bila tak ada orang tengok. 

16) What I want to be when I'm older
Aku nak jadi manusia kaya yang mampu tolong orang susah tanpa perlu pikir apa-apa. Kalau orang datang minta bantuan just bagi bagi bagi. Aku nak jadi manusia pemberi. 

17) Idea of the perfect date
Pergi dekat bukit yang tinggi-tinggi, hampaq tikaq lepastu baring sambil tengok langit yang penuh bintang bertaburan sambil share cerita sesama sendiri. Pergh gila bak hang tak sweet.

18) Thing/s I hate most. 
Manusia yang jenis suka kutuk fizikal orang lepastu tak nak mengaku salah. Aku pangkah kedai makan sebelah opis aku sebab kutuk aku pendek belakang aku. Pehal tak mai kutuk depan-depan. Kalau aku pendek pun bukan minta depa dukung aku kasi aku nampak tinggi. 

19) Weakness
Payah nak bangun awai. Seriuss aku cukup susah nak bangun awai. Sanggup siap ala kadar janji dapat lena lebih. Hahah.

20) Phobia 
Banyak - Hemophobia (blood), Bathophobia (deep water), Acrophobia (heights), Astraphobia (Thunderstorm).

21) What I hate most about school 
Perhimpunan - semak wei dengaq merepek hat entah apa-apa, dah masa berucap cakap slow tak ada semangat lepastu berharap student tak mengantok. Haih mana aci. 

22) Things I find attractive in guys 
Pakai smart, kemas dan bersih. Lepastu otak berisi dengan ilmu. Perghh menarik gila laki macam ni. 

23) Biggest turn on 
Smart dan beradab lah. 

24) Biggest turn off
Jenis yang mulut tak beradab dan kurang ajaq. Puih meluat aku jenis hat macam ni. 

25) A random fact I know 
Ermmmm fakta ka kalau aku tahu yang kucing tak suka minum aiq yang diletakkan dekat dengan makanan depa. 

26) A Quote I love my life on 
Ignore all the haters and just live your own life to the fullest. 

27) Something I need to get off my chest 
Rasa sakit hati yang tak habis ni. Tak tau marah kat siapa maybe diri sendiri kot. 

28) A description of the person I hate and why I hate them 
Seorang macik yang mulut kurang hajaq kutuk fizikal aku sedangkan aku tak kacau dia sikit pun. Serius aku benci gila dekat makcik tu. 

29) The last time I cried and why 
Rasanya Khamis lepas kot masa tengok cerita CJ7 dekat tv masa patung tu mati. Sedihhhh wei (kan dah cakap aku cepat tacing and nangis-nangis)

30) Looks or Personality - Why 
Personality. Orang yang tak ada rupa tapi mempunyai personaliti dan akhlak yang baik akan nampak sangat hensem/cantik secara tidak langsung. 


Tu je rasanya dah terjawab banyak pasal aku. Hehe, kalau ada yang tulis entry basi macam aku ni lagi mohon komen bagitau aku so boleh aku p baca entry hangpa pulak noo. 

Ok bai. Terima Kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan