Mac 14, 2016

MAAF ! AKU MANUSIA BIASA

Assalamualaikum. 

Malam tadi rasa sedih sangat. Sedih sampai aku nangis teresak-esak. Rasa macam ada yang tak cukup dalam hidup ni. Rasa macam ada yang kurang dengan diri aku sendiri. Mungkin sebab makin kurang dan makin tak pedulinya aku pada solat aku seharian. Aku tak malu nak mengaku yang aku masih bertatih tatih dalam hidup ni. Tak senang ya nak memulakan hijrah jadi hamba yang taat, anak yang solehah, kawan yang baik hati dan manusia yang berakhlak mulia. Serius tak mudah. Banyak kali aku jatuh dan terpaksa duduk dan pujuk hati sendiri dan ada masanya aku jatuh dan lambat nak bangun semula sebab aku penat, serius aku penat. 

Penat jadi manusia bersabar yang kadang-kadang terlajak jugak aku membalas dalam bentuk kata-kata yang kasaq. Bukan kadang-kadang dah rasanya dah jadi macam selalu pulak. Hati aku dah macam banyak kali pecah retak seribu lepas tu aku ambik gam dan cantum semula. Memang tercantum semula tapi dah tak sama macam dulu. Maafkan aku menjadi manusia biasa yang lemah. Maafkan aku kerana tak memenuhi setiap apa yang orang inginkan. Aku cuma manusia biasa dan ada masa aku terpaksa menjadi kasaq untuk buktikan aku manusia kuat.

Maaf tidak dapat ku penuhi setiap janji-janji ku. Maafkan aku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan