Mac 01, 2016

LUARAN KA DALAMAN ?

Assalamualaikum.

Ok aku baru tengok satu video korea ni yang tunjuk orang tak segak selalu panjang umur bagai tapi orang cantik pulak selalu akan kena kecelakaan. Entah apa-apa je kan. Bukanlah aku percaya ka apa kan cuma tertarik dengan ayat last dia kata " Yang memberi kebahagiaan bukanlah rupa anda tetapi rupa boyfriend anda " . Aku macam ewah-ewah pandang rupa pulak ya. Hahaha. Walaupun ya manusia banyak bersifat memandang luaran berbanding dalaman. Aku pun macam tu jugak banyak pandang luaran yang bersifat sementara. Sebab apa orang pandang luaran je ? Sebabnya hat tu mata kita nampak dulu kan. 

Dulu masa zaman sekolah zaman kolej mesti nak pakwe ka boyfriend ka hat hensem hat hot setuff je. Sekarang bila umuq dah masuk 23 aku tolak dah kriteria hensem tu semua janji manis sedap mata memandang pun cukuplah, diri sendiri ni pun bukan elok sangat lau nak yang hensem sado bagai. So aku pun berpijaklah di bumi yang nyata dan tak terpedaya dengan tipu helah drama pukul 7 dekat tv three tu. Apa salahnya kalau tak hensem ka tak smart ka tak sado ka yang penting bersih, berfikiran positif dan beriman. Sebab tu aku selalu pujuk diri sendiri terima setiap yang kita punya dengan hati terbuka dan bersyukur. Allah kasi sebab Allah tahu itu sebenarnya yang terbaik untuk kita. 


Sekarang nak mengaku ada boyfriend macam malu sebab takut nanti tak jadi. Kalau tak jadi mesti malu sebab sebelumnya dok berkepit bagai nak rak. Pastu nanti mestilah rasa kecewa yang amat sangat so habaq kata kawan rapat / kawan baik sudah sebab takut nanti kecewa sendiri. Masa zaman sekolah dan kolej dulu takpelah couple seronok-seronok. Kawan ada pakwe kita pun mau satu. Kawan dating kat tempat parking basikal kita mau dating jugak. Kawan belajaq buat study group dengan pakwe kita pun mau belajaq sekali. Haha. Semua tu zaman baru nak kenal dunia, baru nak "up" orang kata. 

Sekarang apa yang ada kita terima kita bersyukur. Orang kata pakwe kita tak elok pun takpelah sebab kita tau kita pun bukan tara mana nak demand hat elok-elok. Janji hormat kita as perempuan, hormat mak bapak kita, adik beradik kita, hormat kawan-kawan kita, hormat prinsip dan pegangan kita dah cukup bersyukur sangat. Kalau kita nak tau dia lelaki baik tak baik tengok cara dia layan mak bapak dia, adik beradik dia, kawan-kawan dia. Luaran dan rupa belakang kira tapi dalaman tu penting. Kalau dok dengaq apa orang kata pasal orang yang kita sayang memang tak bawak p mana. Kita yang sayang orang tu kita yang pilih orang tu bukan depa. Cuma depa hanya boleh bercakap ikut pandangan dan perspektif depa. 

Bak kata ayah aku " Manusia pandang kita tak sama, orang jahat pandang kita cara jahat, orang baik pandang kita cara baik,orang dengki cara dengki, orang negatif cara negatif, orang beriman cara berimanlah so yang penting kita pandang diri kita sendiri macam mana. "

Ok bai. Terima Kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan