Mac 01, 2016

HIDUP INI TEMPAT UJIAN DAN DUGAAN

Assalamualaikum. 

Aku baru lepas baca kisah hidup Sis Nadia Farahida betapa besarnya dugaan dan ujian yang terpaksa Sis Nadia hadapi masa zaman sekolah yang sepatutnya menjadi zaman kita kenal dunia, zaman mencipta sejarah kejayaan dan kenangan manis bersama kawan-kawan tapi terpaksa menahan kutukan, cacian dan hinaan kawan-kawan. Masha Allah tak dapat aku bayangkan betapa sakit dan pedih hati untuk sabar menahan semua tu. Teringat aku tentang pengalaman aku masa semester 1 di kolej. 


Jujurnya aku sudah maafkan kawan-kawan yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam masalah yang aku hadapi tu tapi parutnya masih terasa di hati masih berbekas di situ apatah lagi kebenaran yang aku cari ditemui selepas aku masuk semester 2 di kolej. Bayangkan selama satu semester aku terasa dipulau, tak dipedulikan oleh kawan-kawan satu dorm tapi aku nafikan perasaan tu. Fikir aku tu semua perasaan sendiri yang aku alami tapi ternyata benar telahan aku. Ada setengah dari kawan dorm aku pulaukan aku hanya kerana aku dituduh mencuri fon rakan dalam dorm tu tapi aku yang dituduh langsung tidak tahu menahu mengenai syak wasangka mereka. Bodohnya aku rasa saat itu. 

Tuduhan mereka terhadap aku kononnya sebab aku suka tidur lewat malam. Ya aku tak nafikan aku tidur hanya selepas 3-4 pagi tapi semua tu sebab aku terkenangkan kekasih lama yang baru saja minta putus masa tu. Cuma di saat pagi yang sunyi itu saja aku mampu menangis tanpa menganggu sesiapa. Mampu mengenang semua memori. Sangat tidak matang tapi itu kan lumrah perasaan manusia yang punya hati dan rasa kecewa. Aku ingat lagi pagi tu kecoh lepas kehilangan fon kawan itu, mereka berbincang katanya nak buat bacaan Yassin supaya orang yang mencuri rasa panas lah apalah aku sokong saja sebab yalah aku tak tahu apa cuma aku perasan bila aku bagi sokongan semua macam terkejut. Yelah apa aku nak kisah sebab bukan aku yang curi. Tidakkah mereka tahu " berani kerana benar, takut kerana salah " 

Dan dalam ramai-ramai cuma dua orang rakanku yang tidak percaya aku mencurinya. Mereka syak seorang lagi rakan kawanku yang kehilangan fon itu tapi dia tinggal di dorm lain. Malam untuk buat bacaan Yassin aku tak join sebab "cuti bulanan" so mereka cari semula tup tup fon tu dijumpai atas tilam rakanku semula. Tidak ke pelik tetiba dijumpai semula dan ya demi Allah aku hanya berbaring di atas tilamku. Jadi bilanya akan ku letak semula di situ ? Tapi lepas kes tu semua masih ragu-ragu. Sehingga pernah mereka semua berbuka puasa di luar dan biarkan aku sorang-sorang di dorm berbuka puasa sorang dan hanya makan nasik kosong sebab lauk sudah habis masa aku turun order. Sedih ya aku sungguh sedih. Andai dapat di putarkan kembali waktu aku akan minta mereka spot check diriku. Aku akan pinta mereka tanyaku terus tanpa perlu menuduh tanpa bukti. Aku tahu semuanya masa semester 2 bila salah seorang dari rakanku yang tidak mempercayai aku mencuri menceritakan kembali. 

Sungguh sakit, sungguh pedih. Aku seperti orang bodoh cuba bersembang dengan mereka semua tapi ada yang tidak pedulikan apatah lagi didalam dorm itu tidak ada yang sekelas denganku maka cuma rakan baikku semasa di kelas yang sudi bersusah denganku. Bila aku dapat tahu kebenaran aku terus telefon rakan yang menuduhku itu dan dia minta maaf katanya semua sudah lama mengapa perlu diungkit lagi. Ya memang lama tapi luka itu cuma sembuh di luar di dalamnya masih berdarah. Aku menelefon hanya untuk kepastian dan membuktikan yang aku tidak takut kerana aku bukan pencuri itu walaupun sudah lama berlalu. Namun semua yang terjadi ini memberi hikmah yang sebaiknya kerana kes ini aku fokus pada pelajaranku sehingga aku tersenarai mendapat Anugerah Dekan untuk semester 1.

Aku kembali menulis dan berkongsi kisah ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Kalau niatku untuk mengaib dan memalukan sesiapa sudah pasti aku tulis nama mereka. Ini cuma secebis kisah kita bagaimana menuduh dan fitnah tanpa bukti membuat orang lain sakit dan kecewa. Jadikan pengajaran kepada kita semua supaya seharusnya lebih baik tanya terus tanpa perlu menuduh dan membuat pertuduhan. Lebih indah kalau begitu. 

Aku sudah maafkan mereka semua dan aku juga pohon maaf. Mereka semua kawan-kawanku sampai sekarang. Kawan-kawan yang menjadi penyumbang kepada pengalaman yang aku perolehi. Terima kasih kawan-kawanku. Aku sayang kalian semua. In shaa Allah. 

Ok bai. Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan