Mac 08, 2016

EGO SEORANG BOS

Assalamualaikum.

Kenapa ya kalau yang nama bos ni depa suka bajet macam depa betul semua ? Fahamlah seorang bos kena tunjuk sikap displin dan dedikasi dekat pekerja tapi kalau salah sendiri humban atas bahu pekerja bukan ka tu tak bertanggungjawab ? Seorang bos sepatutnya hormat pekerja bawahan dia sebab mereka ni lah yang menggerakkan sesuatu tu. Memanglah tak mudah jadi bos tapi jangan ingat kerja bawahan ni pun mudah.

Kalau dah salah sendiri mengaku jelah, tak payah tuding jari kat orang lain. Bertambah sakit hati bila pekerja tanya jawab marah-marah. Lepastu kalau tak tanya buat silap pun kena marah. Sometimes, bila ada kat atas jangan lupa pandang kat bawah sama. Tak suka betul bos hat tetiba tak dak angin tak ada ribut mai cakap marah-marah dan tengking pekerja.



Kalau ada masalah personal dekat rumah tak yah lah bawa mai dekat opis. Kami yang pekerja ni pun ada masalah jugak tapi sedaya upaya bila dekat opis kami lupakan masalah sendiri dan fokus sebaiknya pada pekerjaan sebab tahu nie punca rezeki kan. Bila sendiri yang buat salah why not minta maaf dekat pekerja bukannya nanti pangkat tu jatuh sebaliknya pekerja sendiri akan rasa hormat dan tabik dengan sikap terpuji macam tu. Kita bos kita hebat tapi kalau tak ada pekerja bos boleh ka buat semua ?

Ni cuma pendapat dan pandangan peribadi. Aku tahu tak mudah nak menjadi seorang bos yang terpaksa menyelia pekerja yang ramai bawah satu masa. Ada masa kita lemah jugak tapi orang kata cuba bercakap yang baik moga-moga kita pun dapat yang baik-baik. Tak payah nak marah hanya untuk tunjuk siapa berkuasa dalam satu organisasi. Sifat dan sikap terpuji akan buat orang lemah sendiri.

Hidup tak payah mendabik dada sangat. Ada masa bandingkan diri sendiri dengan yang berada di bawah bukan yang berada di atas. 

Ok bai. Terima Kasih.

1 ulasan:

  1. Salam Cik,

    Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
    laman web kami. Kami sangat hargai jika Cik boleh review laman web kami.
    Cik boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

    Terima Kasih.

    Syahmi
    syahmiruhaizat@gmail.com

    BalasPadam