Februari 16, 2016

TIPS BERDEPAN MASALAH

Assalamualaikum.

Masalah ni kadang yang buat kita sakit kepala buat kita pening dan seterusnya buat kita rasa macam nak hilangkan diri sat dari dunia ni dan muncul semula bila masalah dah hilang tapi macam mana masalah nak hilang bila kita tak cuba berdepan dengan masalah tu kan. Memang tak ahhh.

Memandangkan aku jenis yang banyak jugak masalah *bajet kata aku kuat* so aku nak kasi ah beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda di luar sana berhadapan dengan masalah yang dihadapi secara positif.


1) Jangan lari dari masalah tu point penting. Sebaik-baiknya berhadapan terus dengan masalah tu. Kalau masalah melibatkan family slow talk ah dengan cara baik. Tak perlu tengking-tengking tak perlu marah-marah hanya untuk membuktikan siapa yang betul dan siapa yang salah sebab seriously benda tak akan bawa p mana lau gaduh-gaduh ni. So tak kisah la masalah tu melibatkan siapa pun just berdiri teguh berhadapan dengan masalah yang anda hadapi.


2) Jangan salahkan siapa-siapa sebagai punca masalah terjadi. Bila kita ada masalah jangan pernah tuding jari kat orang sebagai punca kepada masalah yang kita hadapi. Sebaiknya cermin balik diri kita yang mungkin sebenarnya secara tak langsung membawa kepada permasalahan tu. Menyalahkan dan menuding jari terhadap orang lain tak akan menyelesaikan masalah sebaliknya mampu membawa kepada terputusnya satu perhubungan tu.


3) Anggap sebagai satu ujian/cabaran/dugaan yang datang dari Allah terhadap kita. Seperti yang kita tahu ujian Allah kasi sebenarnya untuk menguji betapa besarnya sifat sabar yang ada pada kita. Lagipun kita selalu dengar orang kata ujian yang Allah kasi tak akan melampaui apa yang mampu kita hadapi. Allah tahu mengenai kita lebih dari apa yang kita sendiri tahu jadi kalau Allah kasi masalah yang kita rasa tak mampu kita tanggung sebenarya salah cara kita fikir tu sebab Allah tahu kita kuat dan sampai satu saat kita akan bangun dan menghadapi masalah itu dengan baik.  


4) Jangan stress. Penting tau cara mengawal stress yang kita hadapi. Just chill, tak payah fikir banyak apa yang boleh mendorong kita kepada rasa tekanan yang melampau. Hati kena kuat, hati kena tabah. Bila kita rasa tak mampu menangislah. Air mata tak dijadikan sebagai tanda kita lemah dan tak kuat. Jujurnya aku sendiri menangis terok punya bila aku dah tak mampu nak tanggung apa aku rasa. Bila habis jer nangis mesti rasa kuat, rasa semangat nak terus jadi manusia yang mampu hadapi masalah.


5) Doa. Doa tu senjata paling ampuh bagi orang mukmin. Setelah semua usaha dah kita lakukan untuk setelkan masalah kita akhir sekali kena berdoalah. Berdoa supaya Allah mudahkan semuanya. Pengharapan terbaik adalah mengharap pada Yang Maha Kuasa - ALLAH SWT kerana pengharapan yang tak akan mengecewakan adalah pengharapan terhadap Allah.


Ok 5 tips jer yang aku boleh kasi. Sejujurnya yang menghadapi masalah bukan kita seorang je. Ramai kat luar sana yang terjatuh hanya kerana tak mampu menghadapi masalah tapi kita kena ingat masalah tu lah yang kadang buat kita kuat, buat kita berpengalaman. Jadi bila kita jatuh dan terluka, ambil ubat sapu dan teruskan berjalan. Jangan mengalah. Jangan putus asa.


Ok bai. Terima Kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan