Februari 17, 2016

SMARTPHONE

Assalamualaikum. 

Sekarang ni rasanya dari budak sekolah rendah sampai ke warga emas semua ada smartphone. Hebat betoi kemajuan sekarang ni. Tapi bila mengenangkan zaman kecik aku dulu mana ada wei semua benda ni. Tak salah aku masa aku umur 17 habis SPM dulu tahun 2011 phone touchscreen ada 2-3 kerat dan masa tu harga Ya Rabbi memang mahai lah tapi sekarang ada 3 - 4 rat dah boleh angkat sebijik smartphone yang spec pun boleh tahan tinggi. 


Personally aku rasa memanglah memudahkan jugak bila teknologi sekarang merapatkan silaturrahim orang jauh jauh tetapi silaturrahim orang terdekat pulak yang macam terjarak. Entahla tu pendapat aku. Just bayangkan masa lepak dengan member phone mesti tak lepas dari tangan sampai bila member dok ajak menyembang dia dengaq tak dengaq je. Mana panas hati pun kan. Aku sendiri selalu ajarkan diri jangan busy dengan phone bila keluar lepak dengan member, pegang phone pun sebab nak selfie. *ok tak dapat dielakkan bab ni*


Just bayangkan dah lah tak jumpa berbulan jadi bila dapat spend time mestilah mengharapkan nak habiskan masa yang betul berkualiti bila dengan member tapi setengah member memang tak paham bahasa. Tak taulah nak ajar macam mana lagi orang perangai jenis tu. Janganlah rasa diri sendiri je yang busy, orang lain pun busy tapi tetap cari masa sebab nak jumpa nak lepak. Masalah smartphone sekarang ni buat ramai budak-budak tak reti nak adapt dengan persekitaran luar. Jadi tak berani menyuarakan pendapat secara ilmiah berhadapan tapi jadi keyboard warrior. Bahaya sebenarnya bila budak-budak yang sepatutnya membesar dengan belajar apa yang ada dekat dunia luar namun terikat dengan dunia kecil penuh fantasi pada sebiji smartphone. 


Aku yang dah berumuq tua ni pun kadang-kadang terjebak jugak dengan fantasi smartphone tu, tak kuat nak elak tau. Tiap masa tiap ketika phone dekat tangan. Takutlah bila benda sebesar smartphone tu menjadi punca kenapa kita makin leka dengan dunia, menjadi punca kita makin jauh dari melakukan amal kebaikan dan kebajikan, menjadi punca terputusnya silaturrahim, menjadi punca tersebarnya cerita palsu / fitnah, menjadi punca keruntuhan rumah tangga, menjadi punca perpisahan suami isteri, menjadi punca kita disoal diakhirat kelak apa yang kita dah lakukan di dunia sedangkan banyak masa dihabiskan dengan smartphone. Semoga aku khasnya dan semua di luar sana amnya sedar kebahagiaan di akhirat nanti tidak sekadar betapa mahalnya smartphone yang kita ada tapi sebanyak mana amal kebaikan yang kita bawa. In shaa Allah. 


Ok bai. Terima Kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan