Februari 15, 2016

INTRO ? MAYBE.

Atiqah, Sungai Petani, 23, Complicated. Hby ??

Haktuihhh ! Hahaha

Assalamualaikum pembuka bicara. Menulisnya saya disini hanyalah untuk berkongsi apa yang saya rasa, apa yang saya lalui, apa yang saya fikir. * nada berpidato*

Okay okay serius please. "Tak yah nak gedik sangat sebab belum tentu ada yang mau baca blog hang wei" monolog dalam hatiku berkata.

Sebenarnya dah lama aku berniat nak start berblog ni dan sememangnya aku mula lambat tapi aku harap tak salah lah permulaan yang aku pilih untuk menulis dan berkongsi cerita dengan pembaca blog di luar sana. Apa yang buat aku start tergerak hati nak berblog ni pun sebab aku punya sedikit masalah peribadi tapi aku tak rasa bercerita dekat orang ( baca : kawan2, family ) yang kenal aku  buat aku rasa lega sebab mesti akan ada gaya nak judge lah apa lah or maybe apa yang aku kongsi terlepas bebas di canang ke sana ke mari. Jujurnya aku tak naklah jadi macam tu. Tetiba viral lak kan. Tipikal Malaysia semua nak viral lepastu sesetengah pages tu buat tajuk kemain sampai orang salah faham sedangkan isi cerita jauh maksud dari tajuk. Ok aku melalut dah. 

Dan yang sebenarnya juga aku tak reti sangat nak guna blog ni lagipun ni baru permulaan maka aku akan cuba belajar meng"pro"kan diri aku tentang penulisan blog ni sebab aku tak nak lah blog aku jadi sekadar tempat luahan perasaan berbentuk syok sendiri tapi at least sedikit sebanyak aku harap blog aku mampu memberi sedikit ilmu buat mereka yang membacanya. Sebab aku pegang satu kata kata aku  " Kalau kita tak mampu buat orang jadi baik, jangan sampai kita buat orang jadi jahat"
Lagipun aku ni bukanlah manusia yang banyak amal kebaikan dan kebajikan so sama-samalah beringat kan. 

Ok dah banyak aku melalut sedangkan tajuk konon nak intro apa pun aku tak intro lagi. Takpe maybe di post yang lain, in shaa Allah. 


Ok bai. Terima Kasih. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan