Februari 24, 2016

CARI KERJA

Assalamualaikum. 

Setelah 2 minggu tolong adik sepupu cari kerja yang sesuai akhirnya dapat pun. Kerja pembantu kedai makan, adik sepupu pulak memang niat nak kumpul duit untuk sambung belajar bila keputusan SPM 2015 keluar 3 Mac nanti. So sepanjang dia bekerja nanti memang dia akan stay dengan aku dan family lah. Jujurnya aku memang suka budak-budak yang cuti semester ka yang tunggu result ka apa ka bekerja sementara. Bolehlah dapat duit poket sikit dan tambah pengalaman. 

So hari ni nak cita lah pengalaman aku kerja bermulanya tiga hari selepas aku habis SPM 2010 sampailah sekarang ni. 


Habis SPM petang tu terus aku isi borang kerja dekat Pasaraya Econsave dan selepas tiga hari macam tu terus aku dapat panggilan kerja dekat Pasaraya Econsave Taman Petani Jaya Sungai Petani sebagai cashier. Kiranya aku memang start kerja awal lagi pulak untuk SPM aliran sains masa tu paper habis awal. Rezeki awai orang kata, alhamdulillah. Tapi untuk pengetahuan semua gaji basic masa tu cuma RM600. Masuk ot dan elaun semua tiap bulan aku dapatlah dalam RM1k lebih. Time tu kira gaji besar dan banyaklah, tak dinafikan kerja pasaraya macam tu gaji memang tinggi jugak bila campur ot dan elaun tapi rasa macam tak berdunia dengan orang. Masa kerja situ jugak tiap bulan aku boleh kasi bapak aku RM500 buat simpan lagi pulak masa tu mana rasa nak henjoi pon sebab tak reti lagi. Tu kira kerja pertama dan permulaan aku. Aku kerja hampir 7 bulan sampai masa Econsave TPJ tu terbakaq kiranya aku ada dan kerja dekat situ. Aku resign pun sebab masuk sambung diploma. 


Econsave Taman Petani Jaya Sungai Petani


Masa cuti sem 1 aku kerja pulak dekat Ceria 99 dekat kawasan Pekan Baru Sungai Petani. Masa aku pergi minta kerja tu aku jalan kaki je dari rumah aku dekat Kg Penghulu Him. Masa tu tak pikir benda lain just nak cari kerja dan simpan duit sikit. Tapi aku kerja dalam 1 bulan lebih sikit je sebab aku dapat pinjaman MARA dah masa tu memang heran tak heran lah kerja ka tak dah. Hahaha berlagak ah sikit sebab MARA masa tu kasi elaun RM530 sebulan untuk student diploma. Lepas dapat pinjaman MARA bila cuti sem je aku just akan kerja part time Jumaat, Sabtu dan Ahad dekat Kedai Pak Nik Cendol yang jugak antara kedai famous untuk penggemar cendol, laksa dan bihun sup dekat SP ni dan siap masuk JJCM jugak.


                                              Ni lah kedai Paknik Cendol hat masuk JJCM tu.


Di sebabkan aku macam kerja banyak tempat selalu je orang tegur aku cakap

 " Eh adik tak keja Econsave dah ka?" 

" Dulu bukan kerja Ceria 99 ka ?"

" Kerja kat Pak Nik Cendol lagi ka ?"

Selalunya memang aku rasa segan sangat sebab orang teguq pastu kenai dan tahu pulak kat mana aku kerja. Lepas habis belajaq aku praktikal pulak dekat Pejabat Zakat Sungai Petani makin banyak pulak yang kenal dan teguq aku. Lagi pulak masa aku sekolah menengah aku memang pergi tolong bapak aku dekat kedai makan bapak aku kat kawasan Bakar Arang so muka aku macam ada dimana-mana tu orang boleh cam. Lama-lama macam dah tak kisah bila orang teguq tanya semua rasa macam bangga pun ada sekurang-kurangnya dapatlah beramah mesra dan menghubungkan silaturrahim kan. 

Masa aku belajaq dekat KPTM Aloq Staq masa cuti tak ada kelas setiap Jummat Sabtu mesti abang aku datang ambik dan jadikan aku promoter untuk daftar orang yang berminat pasang Astro Njoi ( alah tv satelit yang bayaq sekali seumur hidup dan  tak payah bayaq bulanan tu ) dekat rumah depa. Sampai sekarang pun aku masih jadi promoter sambilan untuk Astro Njoi tu siapa-siapa pembaca blog aku ni yang berminat nak pasang mai pm di facebook. Dan sekarang aku kerja sebagai kerani je dekat satu pejabat insurans dekat kawasan Taman Arked. Memang tak jauh lah dari rumah aku, adik sepupu aku pun dapat kerja jadi pembantu tu dekat kedai makan yang tak jauh pon dari pejabat aku. Alhamdulillah rezeki Allah kasi.


         Astro Njoi  bayaq sekali seumur hidup. Tanpa kontrak ! Tanpa bayaran bulanan !

Akhir kata, tak payah malu dengan kerja kita selagi semuanya halal tapi bersyukurlah sebab Allah bagi kita rezeki dari sumber yang halal dan berkat dan Allah tak kasi kita jadi manusia yang meminta-minta walaupun cuma sedikit sahaja gaji kita. 

Ok bai. Terima Kasih. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan