Februari 21, 2016

BAHAN JENAKA ?

Assalamulaikum. 

Apa perasaan anda bila jadi bahan jenaka orang lain? 

Bahan jenaka yang macam mana ? 

Bila kita digelakkan sebab kita kerja biasa-biasa tak setaraf dengan pendidikan yang kita ada. Bila kita kena gelak kena perli kena hina sebab tak ada kenderaan sendiri. 

Perasaan yang aku rasa tiap kali kena macam tu rasa macam nak humbankan diri dalam gaung sekejap. Orang selalu kata bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Dah tu, kenapa yang hang persoalkan apa kerja aku, apa kenderaan aku pakai ? Why ? Why ? 

Hang tau tak betapa sakitnya perasaan manusia yang dihina dan kena ejek tu ?  Hang tak akan tahu sebab hang bukan manusia yang dihina dan diejek tapi manusia yang menjadi penghina dan pengejek. Hang ingat orang yang gelak bila hang perli macam tu memang seronok ka kena hina kena ejek ? No ! No ! Orang tu sebenarnya rasa macam nak tumbuk hang bagi pecah mulut celopar tu, pastu ikat hang dalam guni dan humban hang dalam gaung kasi lenyap dari muka bumi. 


Setiap perkataan yang menghina dan mengejek yang keluar dari mulut hang sebenarnya membunuh satu jiwa dan satu harapan yang aku simpan dalam hati aku. Aku akan rasa macam tak berguna dan tak layak berdamping / berkawan dengan "orang hebat" macam hang. Aku akan mula rasa diri aku tak dilayan secara adil sedangkan fitrah manusia memerlukan keadilan dan sokongan dalam hidup dunia. Aku mungkin masih bertatih mencari apa yang aku nak dalam hidup ni tapi bukan bermakna hang boleh perlekeh aku suka hati. Apa hang ingat apa yang hang ada semua tu milik hang ka ? Tak lah benda tu semua pinjaman Allah kasi dekat hang sebab nak uji sama ada hang tu manusia jenis bersyukur atau tak. 

Tapi rasanya memang hang jenis yang tak bersyukur dan suka pandang rendah dekat orang lain. Jangan ingat hang akan selalu dan terus ada kat atas tau. Hidup ni macam roda kena berpusing untuk terus berjalan dan tak akan berhenti di atas sahaja. Jangan sampai bila hang jatuh tersungkur di bawah setiap manusia yang ada buat tak nampak hang. Usaha yang membezakan orang lain mungkin sekarang rezeki aku tak ada lagi tapi untuk pengetahuan hang aku manusia yag jenis tak putus asa. 


P/S - "Aku" dekat atas melambangkan sesiapa pun yang pernah terasa dihina dan diejek. Aku / Saya sendiri pernah mengalami semua ini. Bersabar dan bertabahlah. 

P/S - Kebahagiaan bukan di ukur dengan banyak mana duit yang kita ada, hebat mana kereta kita punya, besar mana rumah yang kita miliki, ramai mana kawan yang keliling kita tetapi kebahagiaan tu bila kita rasa cukup dengan apa yang sebtulnya milik kita walaupun duit kita sedikit, kereta kita tak ada, rumah kita kecik dan kawan kita tak ramai. 

Ok bai. Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan