Februari 28, 2016

ADA LESEN KERETA TAPI TAK BAWA KERETA PON

Assalamualaikum.

Wah tajuk aku kemain panjang. Haha just nak share yang aku mungkin tergolong dengan sesetengah orang di luar sana yang takut nak memandu walaupun dah ada lesen. Ya aku dah ada lesen kereta dah nak masuk 2 tahun tapi aku still tak bawa kereta. Kalau bawa pun dekat-dekat area pejabat dan kat highway je sebab takut pengetahuan memandu tu hilang tu pun ayah or abang aku ada kat sebelah dan mrekalah yang memaksa aku suruh bawa jugak dan yes aku bawa manual sebab kat rumah aku tak ada kereta auto.

Tapi azam aku tahun ni memang nak sangat skill memandu aku makin hebat dan tak mau dah takut-takut or getaq masa nak memandu. Mulanya aku memang nak tukaq kancil manual aku jadi auto tapi abang aku cakap banyak bajet lah nak kena keluarkan so kami decide nak kekalkan manual tapi servis bagi lagi kemas. In shaa Allah bulan 4 ni start lah make over kancil tu harap-harap semuanya berjalan lancar so bila dah servis and pebaik mana yang patut tak ada lah rasa takut nak bawa, in shaa Allah harap-harap macam tu lah kan.


So orang tanya kenapa takut nak drive ? Sedangkan masa test JPJ lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilangnya. 



Pertamanya sebab kereta yang aku akan drive bukan hak milik aku. Aku tak naklah nanti kalau aku drive dan terlibat dalam kemalangan aku terpaksa dengaq bebelan dari ayah aku sebab beliau punya kereta. Duit lagi kena keluar kalau ada yang rosak pada kereta tu. Kalau kemalangan tu membabitkan nyawa orang lagilah susah pulak, bahaya kan. Tu yang aku rasa.

Keduanya, aku takut nanti kalau drive pastu masa berhenti dekat bukit aku jadi kelam kabut pastu kereta terunduq kat belakang langgaq pulak kereta orang. Erghh aku tak dapat nak bayangkan. Tapi ayah dan abang aku selalu jugak pesan kita yang bawa dia, bukan dia bawa kita so kenapa nak pikir bukan-bukan. Doa yang baik-baik sudah. Ya memanglah senang bercakap tapi haih aku tak boleh lah walaupun semangat aku membuak-buak nak drive so boleh lahh aku gedik kuaq dengan kawan-kawan. Maybe niat aku salah kot. Hehe.

Pokoknya aku takut dan tak percaya pada skill pemanduan aku. Mungkin aku perlukan lagi banyak latihan dan selalu bawa supaya rasa takut ni hilang. Dan in shaa Allah tahun ni aku akan cuba pastikan yang aku boleh drive sendiri dan kalau betol azam aku tercapai aku akan share macam mana aku overcome perasaan penakut yang aku sendiri rasa ni.

Kepada yang juga mempunyai perasaan yang sama macam aku. Aku doakan kita semua mampu drive sendiri kereta tanpa menyusahkan siapa-siapa. Go Go Fighting !

Ok bai. Terima Kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan